Dato’/Datin/Kapt/Tuan/Puan,

CERTIFICATE OF COMPETENCY (COC ) REFRESHER COURSE ANJURAN JABATAN LAUT MALAYSIA

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Laut Malaysia akan menganjurkan Certificate Of Competency (COC) Refresher Course kepada pemegang-pemegang COC yang telah tidak belayar tetapi masih berkhidmat dalam bidang maritim. Objektif utama “COC Refresher Course” diadakan adalah bertujuan seperti berikut:

i. Mempertingkatkan dan memberi pendedahan kepada pemegang COC yang masih aktif dalam bidang maritim berkenaan konvensyen-konvensyen baru/pindaan yang digunapakai oleh International Maritime Organization (IMO) seperti STCW, MARPOL. SOLAS, MLC , BMW dan lain-lain.

ii. Kursus ini membolehkan COC yang dimiliki oleh pemegang COC kekal aktif walaupun mereka telah lama tidak belayar. (COC bukan untuk berkhidmat atas kapal/belayar)

iii. Memberi peluang kepada Jabatan Laut Malaysia berinteraksi dengan pihak industri maritim.

3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelaut mengalu-alukan kehadiran tuan untuk mengikuti Kursus COC Refresher Siri 3/2018 berdasarkan ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 Oktober 2018 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 petang
Tempat : Pullman Miri Waterfront, Sarawak
*Sebarang perubahan pada Tarikh & Tempat adalah tertakluk kepada pihak penganjur

4. Mohon kerjasama semua peserta yang akan hadir untuk menyerahkan borang permohonan, salinan COC dan dokumen sokongan pada atau sebelum 26 Oktober 2018 melalui email upp@marine.gov.my / syafinnas@marine.gov.my. Keterangan bayaran kursus dan jadual turut dilampirkan sebagai rujukan pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam email ini.

5. Bagi peserta yang masih tidak mempunyai kad pelaut, Dato’/Kapt/Tuan/Puan boleh mendaftar di Pejabat Laut berhampiran dengan bayaran sebanyak RM50. Pemohon perlulah mempunyai laporan pemeriksaan perubatan yang masih sah laku dari klinik panel Jabatan Laut sebelum membuat permohonan kad pelaut tersebut.

6. Sekiranya tuan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kursus ini, tuan boleh menghubungi (Pn. Aimi / Cik Syafinnas / Cik Faizurah) di talian 03-3346 7641/7767/7738/7737. Pihak Tuan/Puan juga boleh mendapatkan iklan kursus melalui laman web rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Sekian, terima kasih.

#coc #refresher #certificate #competency #malaysia